Make your own free website on Tripod.com

 

 

                        

 

Selamat datang ke laman Pertubuhan Seni Silat Telapak Nusantara Malaysia. Pertubuhan telah melalui pelbagai proses kematangan dalam menghadapi hari-hari yang telah berlalu. Namun begitu prinsip PSSTNM masih lagi sama seperti dahulu iaitu sebuah organisasi yang bersifat terbuka dan berlapang dada, tanpa mengira status, bangsa dan sebagainya. Namun begitu, banyak keadaan yang kita lihat dimana Islam dan Malaysia menghadapi pelbagai cubaan dan fitnah. PSSTNM mengharapkan kita semua dapat bersatu menjadi tulang belakang negara Malaysia tercinta. Usahlah melatah dan gopoh dalam menghadapi segala dugaan tersebut. Orang beriman itu, disamping cintakan Islam mestilah sentiasa tenang menghadapi segala-galanya. Segala tindakan yang dilaksanakan biarlah dalam keadaan sebegini agar dapat tetap teguh dengan tertib sunnah Nabi Muhammad (saw).

اللهم صلى على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم.

 

(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Fath; 4)

 

 

GELANGGANG PERGURUAN

 

Terdapat 7 gelanggang perguruan atau persilatan atau bangsal dengan kaedah dan falsafahnya yang tersendiri mewujudkan pelbagai konsep dan teknik yang secara amnya terbahagi kepada 3 kegunaan asas iaitu kaedah lama, kaedah therapeutic/kesihatan dan kaedah tempur. Gelanggang 1 sebagai pemula mengandungi asas latihan membentuk fizikal dan mental. Geraknya membentuk sabar dan asas fleksibiliti diri untuk peringkat seterusnya.

 

Semua kaedah boleh dipraktikkan tanpa kekuda, tetapi mestilah dipelajari sebagai menurut bidalan bayi, menyusur badan, merangkak dahulu, bertatih, berjalan lurus dan berlari terus. Bolehlah dikatakan terdapat 7 jenis silat dalam perguruan ini. Namun begitu semuanya dari sumber rumpun seni silat yang sama. Gelanggang Seni Silat Bongsu merupakan titik permulaan perguruan ini.

 

Kaedah disini bersifat sebagai kiasan buah sebenar dan satu bentuk senaman asas persediaan rohani dan jasmani. Langkah awal dalam sejarah perkembangan rumpun seni silat ini dianggap sebagai kaedah-kaedah sulung yang mana ianya bersifat lebih keras manakala Seni Silat Bongsu adalah yang terakhir dan bersifat asas, padat, lembut dan tersorok keampuhannya. Wujud sifat kebatinannya yang memberi kekuatan fizikal dan mental kepada pesilat setiap kali dipraktikkan.

 

    

http://www.islamicfinder.org/bimage/gallery.gif

 

 

 

 

Hakcipta PSSTNM 2007